suria

PRU15: Tambun, Pakatan Harapan, Perikatan Nasional antara yang trending di Twitter

Antara calon kerusi parlimen Tambun yang menjadi topik hangat pada Sabtu. Foto: RONNIE CHIN/The Star

TUMPUAN pada Sabtu sudah pasti beralih kepada proses penamaan calon bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Jika diteliti di media sosial, ramai yang berkongsi suasana dan perkembangan mengenai situasi di kawasan masing-masing.

Semakan di halaman Twitter mendapati beberapa hashtag menjadi trending di Malaysia.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Penyokong tolak polis, calon lari selamatkan diri! FRU lepaskan gas pemedih mata di Tenom, Sabah

Antaranya #PRU15, #Tambun, #PerikatanNasional dan #PakatanHarapan yang mencatatkan carian tertinggi pada Sabtu.

Sebagaimana yang diketahui, parlimen Tambun merupakan salah satu kerusi panas yang menjadi tumpuan ramai pada PRU15.

Ia menyaksikan pertembungan empat penjuru antara ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR), Datuk Aminuddin Md Hanafiah (BN), Ahmad Faizal Azumu mewakili (PN) dan Abdul Rahim Tahir mewakili GTA.

Proses penamaan calon PRU15 membabitkan sebanyak 222 kerusi Parlimen dan 116 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) melibatkan tiga negeri iaitu Perak, Pahang dan Perlis.

Untuk rekod, kata kunci PRU15 mendapat lebih 16,700 dan Tambun dengan lebih 7,000 jumlah ciapan di Twitter.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain