suria

Gangguan elektrik libatkan 2.2GW, 10 peratus daripada keseluruhan permintaan bekalan - TNB

TNB berkata beberapa kawasan di Semenanjung mengalami gangguan elektrik sejak jam 12.39 tengah hari.

SEBILANGAN besar rakyat Malaysia kecoh selepas berlaku gangguan bekalan elektrik pada Rabu tengah hari.

Menurut kenyataan Tenaga Nasional Berhad (TNB), beberapa kawasan di Semenanjung Malaysia mengalami gangguan elektrik sejak jam 12.39 tengah hari ini melibatkan kehilangan beban sebanyak 2.2GW (gigawatt) yang merupakan 10 peratus daripada keseluruhan permintaan bekalan.

"Antara kawasan-kawasan terlibat adalah di Petaling Jaya, Cheras, Bangi, Bayan Lepas, Seberang Jaya, Panchor dan Bandar Indera Mahkota.

ARTIKEL BERKAITAN: Suria KLCC gelap! Betul ke blackout seluruh Malaysia? Ramai kongsi pengalaman di media sosial

"Walaubagaimanapun, bekalan telah dipulihkan sepenuhnya dalam tempoh 20 hingga 40 minit di semua kawasan terlibat kecuali di kawasan-kawasan terbabit di Lembah Klang," ujar kenyataan itu.

Dalam satu lagi kenyataan susulan, TNB memaklumkan telah memulihkan sepenuhnya bekalan elektrik kepada kawasan terjejas pada jam 3.02 petang.

"Kami memohon maaf atas segala kesulitan yang dialami oleh pengguna semasa gangguan bekalan ini," katanya.

Terdahulu, mStar melaporkan media sosial tular apabila sebilangan besar netizen melaporkan berlaku gangguan bekalan elektrik di kawasan mereka.

Keadaan menjadi kecoh kerana berlaku di banyak kawasan khususnya di ibu negara.

Beberapa individu di Negeri Sembilan dan Pahang dan Pulau Pinang turut mendakwa berdepan kejadian serupa.

Dalam pada itu, pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) turut memohon maaf atas gangguan yang berlaku.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain