suria

Kes basikal lajak: Rayuan Sam Ke Ting didengar Isnin ini

Sam berdepan hukuman penjara enam tahun dan denda RM6,000 kerana menyebabkan kematian lapan remaja berbasikal lajak. Foto: The Star

PERMOHONAN Sam Ke Ting kepada Mahkamah Rayuan untuk mendapatkan kebenaran merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi, telah diluluskan.

Kerani wanita itu yang dijatuhi hukuman penjara enam tahun dan denda RM6,000 oleh Mahkamah Tinggi Johor Bahru atas kesalahan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian lapan remaja berbasikal lajak lima tahun lalu, telah memfailkan permohonan kepada Mahkamah Rayuan.

Rayuan Sam ditetapkan untuk didengar pada 9.00 pagi Isnin (18 April) di Mahkamah Rayuan Putrajaya, menurut sistem dalam talian mahkamah, kehakiman.gov.my.

ARTIKEL BERKAITAN: Kes basikal lajak: Kerani mohon kebenaran rayu keputusan Mahkamah Tinggi

Dia juga telah memohon Mahkamah Rayuan untuk menangguhkan hukuman dan membenarkan ikat jamin sementara menunggu rayuan.

Peguam bela Sam, Muhammad Faizal Mokhtar mengesahkan bahawa notis usul untuk mendapatkan kebenaran merayu dan menangguhkan pelaksanaan hukuman telah dikemukakan kepada Mahkamah Rayuan melalui e-filing pada pagi Khamis (14 Mac).

Pada Rabu (13 April), Mahkamah Tinggi di Johor Bahru memerintahkan Sam dipenjara enam tahun dan didenda RM6,000 di atas kesalahan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian lapan remaja basikal lajak di Jalan Lingkaran Dalam, Johor Baru, pukul 3.20 pagi pada 18 Feb, 2017.

Sam sebelum ini telah dibebaskan dua kali oleh Mahkamah Majistret. - THE STAR

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain