suria

Pasangan suami isteri nafi tuduh pemandu lori terbabit kemalangan ‘mabuk’ - “Kami tak ada kena mengena”

Shukri dikatakan meninggal dunia ketika memandu akibat sakit jantung.

SEPASANG suami isteri tampil secara terbuka untuk menafikan tuduhan bahawa mereka terlibat merakam video yang kini tular dan menuduh seorang pemandu lori yang merempuh tiga buah kenderaan sebagai mabuk.

Menerusi akaun TikTok @mubarakkhan1535 pasangan itu menafikan dakwaan bahawa mereka adalah perakam video tersebut, sebaliknya berkata mereka hanya berkongsi semula video kemalangan itu dari group WhatsApp.

"Mengenai insiden gambar viral dari TikTok sebenarnya video itu dihantar dalam WhatsApp group, saya cuma upload sahaja, saya tak ada kena mengena dengan kemalangan itu dan kereta yang kena langgar itu bukan kereta saya.

"Encik boleh bandingkan suara isteri saya dengan suara dalam video tu, memang tak kena mengena," katanya, merujuk suara seorang wanita dalam video tersebut yang menuduh pemandu lori berkenaan memandu ketika mabuk sehingga mengakibatkan kemalangan.



Pemilik akaun @mubarakkhan1535 dan pasangannya tambil menjelaskan perkara sebenar.

Pasangan berkenaan yang meminta maaf kepada ahli keluarga mangsa turut merayu orang ramai daripada berterusan mengecam mereka.

Terdahulu tular sebuah video yang menunjukkan seorang pemandu treler dalam keadaan tidak sedarkan diri di bahagian tempat duduk pemandu selepas terbabit kemalangan dan seorang wanita dalam nada marah menuduhnya mabuk ketika memandu.

"Awak mabuk ke? Awak tak nampak apa awak buat," terjah wanita yang merakam video tersebut sebelum ia tular.

Lelaki itu, yang dikenali sebagai Pakcik Shukri bagaimanapun dikatakan terkena serangan jantung ketika memandu dan disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh.

Susulan penyebaran video terbabit, orang awam mendesak wanita dalam video itu untuk tampil dan memohon maaf kepada keluarga mangsa.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain