suria

Covid-19: Angka harian meningkat... Malaysia rekod 4,262 kes baharu

Malaysia merekodkan 4,262 kes baharu Covid-19 pada 16 Disember. Foto: Bernama

SEBANYAK 4,262 kes baharu Covid-19 direkodkan pada Khamis.

Angka terbaharu itu menunjukkan peningkatan berbanding jumlah kes yang dicatatkan pada Rabu iaitu 3,900 kes.

ARTIKEL BERKAITAN: Angka harian kembali menurun, Malaysia rekod 3,900 kes Covid-19

Ini menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan di negara ini sebanyak 2,707,402 kes setakat ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi Twitter memaklumkan bahawa maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman CovidNow, https://covidnow.moh.gov.my

"Data setiap hari bagi laman CovidNow adalah dikemaskini sekaligus selepas tengah malam," tulis beliau.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Covid-19, KKM, CovidNow

Artikel Lain