suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tragedi Bot karam: Bingkai gambar, sejadah terdampar di tepi pantai

Barangan peribadi Pati yang ditemui.

KEADAAN di lokasi kejadian bot karam yang mengorbankan 11 pendatang asing tanpa izin (Pati) di pantai Tanjung Balau, Kota Tinggi amat menyayat hati apabila pelbagai barangan milik mangsa ditemui termasuk bingkai gambar.

Bingkai dengan gambar pasangan lelaki dan wanita dijumpai terdampar di pantai dalam keadaan baik, walaupun cerminnya pecah.

Selain bingkai tersebut, terdapat pelbagai barangan seperti baju, seluar, pakaian dalam, beg dan barang kosmetik ditemui terdampar di tepi pantai berkenaan.

Turut ditemui songkok dan sejadah dipercayai milik Pati yang beragama Islam.

Setakat petang Rabu, seramai 11 PATI maut, 14 ditemui selamat, manakala 25 lagi masih hilang selepas bot pancung dinaiki mereka karam akibat cuaca buruk di perairan Tanjung Balau kira-kira jam 4.30 pagi Rabu. - Sinar Harian

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

bot karam, bingkai gambar, sejadah, Pati

Artikel Berikut

Artikel Lain