suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pegawai media rombongan Blinken positif Covid-19 di KL

Blinken tiba di Malaysia, pada Selasa sempena lawatan kerja rasmi selama dua hari.

SEORANG anggota pasukan media yang mengikut bersama rombongan Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Antony Blinken dalam perjalanannya ke Asia Tenggara disahkan positif Covid-19 sebaik tiba di Kuala Lumpur.

Di kini sedang mengasingkan diri, kata Jabatan Negara pada Rabu.

Blinken dan kakitangan kananya juga telah disaring di setiap perhentian dalam jelajah antarabangsanya termasuk ketika tiba di Kuala Lumpur pada lewat Selasa dan keputusan ujian yang dijalankan terhadap mereka semua negatif, kata jurucakap Ned Price.

Diplomat tertinggi AS itu berada di Jakarta pada hari Selasa sebelum menuju ke Malaysia.

Dia sepatutnya meneruskan perjalanan ke Bangkok pada lewat Rabu sebelum mesyuarat dengan pegawai Thailand pada hari berikutnya.

Blinken memberi sidang akhbar bersama pada hari Rabu dengan Menteri Luar Saifuddin Abdullah.

Jurucakap kementerian luar Malaysia berkata, ia dimaklumkan mengenai kes Covid-19 terbabit oleh kedutaan AS pada awal Rabu dan individu itu telah segera dikuarantin.

"Individu terbabit tidak terlibat dan tidak menyertai mana-mana program Setiausaha Blinken di Kuala Lumpur," kata jurucakap itu.

"Kontak rapat lain telah diuji semula dan keputusan semuanya negatif setakat 12 jam lalu," katanya

Di Twitter, kedutaan AS di Jakarta berkata, semua pegawai media yang terlibat dalam perjalanan tersebut telah diuji negatif pada petang Isnin. - The Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Blinken, Covid-19, pegawai media

Artikel Lain