suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Cuaca buruk, bot bawa 60 Pati karam di Tanjung Balau... 10 mayat ditemui

Bot yang dinaiki 60 Pati itu karam kerana cuaca buruk. Foto: Maritim Negeri Johor

KIRA-KIRA 10 pendatang asing tanpa izin (Pati) ditemukan maut kerana lemas susulan bot yang mereka naiki karam di perairan Tanjung Balau, Kota Tinggi, awal pagi tadi.

Dilaporkan, bot tersebut karam ekoran cuaca buruk.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) Johor, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam berkata, bot berkenaan yang membawa 60 Pati itu karam pada pukul 4.30 pagi.

"Pihak Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Johor Bahru menerima laporan kejadian daripada pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Penawar yang memaklumkan menerima maklumat daripada pihak Markas Taktikal Tanjung Sepang mengenai penemuan bot tersebut bersama Pati di pantai Tanjung Balau.

"Berdasarkan maklumat awal, dianggarkan seramai 60 orang PATI berada di dalam bot dan 21 orang dilapor selamat manakala 10 mayat telah ditemui," katanya menerusi kenyataan pada Rabu.

Menurut Nurul Hizam, Maritim Malaysia seterusnya mengaktifkan Op Carilamat pada jam 8.50 pagi.

"Maritim Malaysia juga mengatur gerak pesawat AW 139 Agusta, kapal KM Tegas dan bot Petir 50 bagi mengesan dan mencari baki mangsa yang terlibat,"katanya - SINAR HARIAN

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Pati lemas, bot karam, Tanjung Balau

Artikel Lain