suria

Vaksin Pfizer untuk kanak-kanak bawah 12 tahun - KJ

Kerajaan akan mendapatkan vaksin jenis Pfizer-BioNTech untuk kanak-kanak dibawah usia 12 tahun di negara.

KERAJAAN akan mendapatkan vaksin jenis Pfizer-BioNTech untuk kanak-kanak dibawah usia 12 tahun di negara.

ARTIKEL SEMASA : Kreatif! Syiling peringatan imej payung terbuka dan figura 50 pekerja simbolik sempena Jubli Emas Perkeso

Memaklumkan perkara tersebut, Menteri Kesihatam, Khairy Jamaluddin berkata, ini selaras dengan syor daripada Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) Amerika Syarikat yang mengesahkan bahawa vaksin tersebut boleh digunakan mereka yang berumur antara lima hingga 12 tahun.

"Dengan adanya syor daripada panel FDA untuk memberi suntikan vaksin jenis Pfizer kepada kanak-kanak berusia 5 hingga 12 tahun, Malaysia akan meneruskan pemerolehan Pfizer untuk kanak-kanak.

"Kita akan lihat juga kepada pilihan lain seperti Sinovac," katanya pada Jumaat.

Tambahnya, sekolah dijangka akan dapat dibuka semula dengan selamat kerana 82.4 peratus daripada remaja dalam negara telah menerima satu dos vaksin dan 62% telah menerima vaksin lengkap.

Pada 26 Okt, jawatankuasa penasihat vaksin FDA telah mengesahkan bahawa vaksin Covid-19 Pfizer boleh digunakan untuk kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun.

Pfizer berkata, vaksinnya mempunyai 90 peratus keberkesanan untuk mencegah jangkitan tanpa gejala. - The Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain