suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kes harian Covid-19 kembali turun

SARAWAK menunjukkan pengurangan kes namun muncul sebagai penyumbang kes harian terbesar dengan 2,712 kes.

KES harian Covid-19 kembali menunjukkan penurunan apabila merekodkan 13,899 kes pada Sabtu, berbanding 14,544 kes dicatatkan semalam.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan di negara ini sebanyak 2,185,131 kes setakat ini.

Sarawak menunjukkan pengurangan kes namun muncul sebagai penyumbang kes harian terbesar dengan 2,712 kes diikuti Selangor (2,341), Johor (1,377) dan Kelantan (1,170).

Dua lagi negeri yang merekodkan kes melebihi angkat seribu adalah Perak dengan 1,128 kes dan Pulau Pinang (1,060).

Sabah pula mencatatkan 962 kes, diikuti Pahang (779), Terengganu (760), Kedah (708), Melaka (339), Kuala Lumpur (310), Negeri Sembilan (194).

Putrajaya merekodkan jumlah kes dua angka, mencatatkan 37 kes baharu, Perlis (17) dan Labuan (5).

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

covid, kkm, kes harian

Artikel Lain