suria

17,236 kes baharu Covid-19 direkodkan, 10,961 kes jumlah total kematian

Semalam, Malaysia mencatatkan angka korban tertinggi akibat Covid-19 dengan 360 kematian.

MALAYSIA mencatatkan penurunan kes baharu Covid-19 buat hari ketiga berturut-turut apabila 17,236 kes baharu dicatatkan dalam tempoh 24 jam lepas.

Penambahan terbaharu itu menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan di negara ini sebanyak 1,279,776 kes setakat ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Dr Noor Hisham ucap takziah kepada keluarga Siti Sarah dan rakyat Malaysia terkorban akibat Covid-19

ARTIKEL BERKAITAN: Tarik balik kelonggaran jika tak patuh SOP - PM

Kes sembuh mencatatkan sebanyak 15,187 kes menjadikan jumlah pesakit yang telah sembuh adalah sebanyak 1,041,585 kes manakala kes aktif mencatatkan 227, 230 kes.

Sementara itu, Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan 1,095 kes berada di unit rawatan rapi (ICU) di mana 579 kes daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Pada masa sama, sebanyak 212 kematian hari ini dicatatkan menjadikan jumlah kematian sebanyak 10,961 kes.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Selangor kekal merekodkan jumlah kes harian tertinggi dengan 5,740 kes diikuti Kuala Lumpur (1,567 ), Kedah (1,328) dan Johor (1,232).

Sabah pula mencatatkan 1,247 kes baharu disusuli Negeri Sembilan (1,215) Perak (935), Kelantan (914), Pulau Pinang (908), Pahang (604), Sarawak (589), Terengganu (501), Melaka (360), Wilayah Persekutuan Putrajaya (66), Perlis (22) dan Wilayah Persekutuan Labuan (8).

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Covid-19, kes harian, malaysia

Artikel Lain