suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Umat Islam di Malaysia sambut Hari Raya Aidiladha pada 20 Julai

Tarikh Aidiladha diumumkan oleh Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja Mohd Aseral Jusman menerusi siaran televisyen pada Sabtu. Foto: The Star

UMAT Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidiladha pada Selasa, 20 Julai ini.

Perkara itu diumumkan oleh Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja Mohd Aseral Jusman.

Pengumuman tarikh Aidiladha itu disiarkan menerusi siaran televisyen tempatan pada Sabtu.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka dengan ini saya bagi pihak Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, mengisytiharkan bahawa 1 Zulhijah 1441 Hijrah ialah pada 11 Julai 2021 Masehi.

"Oleh yang demikian, Hari Raya Korban (10 Zulhijah) bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia ditetapkan pada hari Selasa, 20 Julai 2021, " katanya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain