suria

Wanita 29 tahun antara 4 korban Covid-19... 1,290 kes positif baharu direkodkan

Malaysia merekodkan 1,290 kes positif Covid-19 pada Khamis. Foto: Bernama

MALAYSIA merekodkan 1,290 kes positif Covid-19 pada Khamis, menjadikan jumlah kumulatif 51,680 kes setakat ini.

Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula adalah 13,222 kes di mana pesakit sudah diasingkan dan diberi rawatan.

ARTIKEL BERKAITAN: Kes turun ke 3 digit... Malaysia catat 660 pesakit baharu Covid-19,4 lagi korban termasuk rakyat asing

Daripada 1,290 kes yang dilaporkan pada Khamis, lima kes merupakan kes import yang mendapat jangkitan di luar negara, manakala baki 1,285 kes adalah penularan tempatan.

Untuk rekod, Sabah mencatatkan kes tertinggi dengan 660 kes diikuti Selangor (407), Kuala Lumpur (72), Perak (48), Negeri Sembilan (32), Kelantan (17), Johor (15), Labuan (15), Pulau Pinang (8), Sarawak (8), Kedah (7) dan Melaka (1).

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham, Malaysia turut merekodkan pertambahan empat kes kematian pada Khamis, menjadikan keseluruhan 326 kematian setakat ini.

"Dukacita dimaklumkan terdapat pertambahan empat kes kematian berkaitan Covid-19, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia sebanyak 326 kes," ujarnya menerusi kenyataan media pada Khamis petang.

Sehingga hari ini, 878 kes telah pulih dan dibenarkan discaj menjadikan 38,132 kes keseluruhan pulih di Malaysia.

Untuk rekod semasa, 110 kes positif Covid-19 kini dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan 37 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Dalam pada itu, KKM turut mengumumkan empat kluster baharu dikenal pasti iaitu Kluster Kapas BJ (Hulu Langat, Selangor), Kluster Prestij (Kuala Lumpur), Kluster Bah Bercham (Kinta, Perak) dan Kluster Kiambang (Johor).

Berikut ringkasan kes kematian hari ini:

1) Kes 323 - Wanita warganegara, 62 tahun, mempunyai latar belakang penyakit kencing manis, darah tinggi, buah pinggang kronik dan obesiti. Pesakit meninggal dunia di Hospital Enche' Besar Hajah Khalsom, Kluang, Johor

2) Kes 324 - Wanita warganegara, 29 tahun, mempunyai latar belakang penyakit buah pinggang kronik. Pesakit meninggal dunia di Hospital Duchess of Kent.

3) Kes 325 - Lelaki warganegara, 58 tahun, mempunyai latar belakang penyakit kencing manis, darah tinggi, dislipidemia dan buah pinggang kronik. Pesakit meninggal dunia di Hospital Raja Permaisuri Bainun.

4) Kes 326 - Perempuan bukan warganegara, 47 tahun, mempunyai latar belakang penyakit kencing manis. Pesakit meninggal dunia di Hospital Lahad Datu.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Covid-19, KKM, Sabah, korban Covid-19

Artikel Lain