suria

Covid-19: Malaysia rekod 957 jangkitan tempatan, 97 pesakit dirawat di ICU

Malaysia merekodkan 957 kes baharu pada Ahad. Foto: Bernama

PENULARAN Covid-19 di negara ini merekodkan 957 kes baharu, menjadikan keseluruhan 32,505 kes setakat Ahad.

Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula adalah 10,036 kes di mana pesakit sudah diasingkan dan diberi rawatan.

Kesemua 957 kes baharu yang dilaporkan pada hari ini merupakan kes penularan dalam negara.

ARTIKEL BERKAITAN: 659 positif Covid-19 direkodkan, tiada kematian dan kluster baharu

Sabah mencatatkan jumlah tertinggi dengan 644 kes, diikuti Selangor (225), Pulau Pinang (23), Labuan (18), Terengganu (15), Sarawak (11), Negeri Sembilan (8), Perak (5), Kuala Lumpur (4), Kedah (1), Melaka (1), Johor (1) dan Putrajaya (1).

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, tiada pertambahan kes kematian akibat Covid-19 direkodkan hari ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia kekal sebanyak 249 kes," katanya dalam kenyataan media pada Ahad.

Sehingga hari ini, 972 kes telah pulih dan dibenarkan discaj menjadikan 22,220 kes keseluruhan pulih di Malaysia.

Untuk rekod semasa, 97 kes positif Covid-19 kini dirawat di unit rawatan rapi (ICU) di mana 27 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Ujarnya, Kementeria Kesihatan Malaysia (KKM) juga mengesan dua lagi kluster baharu Covid-19 iaitu Kluster Usaha yang melibatkan daerah Klang dan Petaling (Selangor) dan Kluster Tembaga yang melibatkan daerah Timur Laut dan Barat Daya Pulau Pinang.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain