suria

659 positif Covid-19 direkodkan, tiada kematian dan kluster baharu

Sebahagian penduduk Taman Mawar membuat saringan Covid-19 di perkarangan Masjid Taman Mawar dekat Sandakan, Sabah pada Rabu lalu. - fotoBERNAMA

PENULARAN Covid-19 di negara ini merekodkan 659 kes baharu, menjadikan keseluruhan 31,548 kes setakat Sabtu.

Daripada kes baharu yang dilaporkan, hanya satu merupakan kes import manakala selebihnya adalah penularan dalam negara.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, tiada pertambahan kes kematian akibat Covid-19 direkodkan hari ini, menjadikan jumlah kematian kekal 249 kes.

"Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan tiada kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan hari ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia kekal sebanyak 249 kes," katanya pada sidang media petang Sabtu.

Sehingga hari ini, 1,000 kes telah pulih dan dibenarkan discaj menjadikan 21,248 kes keseluruhan pulih di Malaysia.

Untuk rekod semasa, 83 kes positif Covid-19 kini dirawat di unit rawatan rapi (ICU) manakala 19 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Namun tiada pertambahan kluster baru dilaporkan pada Sabtu.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

kluster, Covid-19, KKM

Artikel Lain