suria

Covid-19: Sabah catat 3 kematian, 799 kes baharu direkodkan... 8 lagi kluster dikesan

Tan Sri Dr Noor Hisham, Covid-19, PKPB, Sabah

PENULARAN Covid-19 di negara ini merekodkan 799 kes baharu, menjadikan keseluruhan 30,889 kes setakat Jumaat.

Daripada 799 kes baharu, Sabah terus mencatat kes tertinggi dengan 466 pesakit positif Covid-19 diikuti Selangor (150), Labuan (65), Pulau Pinang (35), Negeri Sembilan (23), Kuala Lumpur (19), Sarawak (16), Perak (10), Johor (9), Kedah (5) dan Putrajaya (1).

ARTIKEL BERKAITAN: Covid-19: Penularan tempatan rekod 649 kes baharu, 106 di ICU... 5 lagi kluster dikesan

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, tiga kematian akibat Covid-19 direkodkan hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan 249 kematian.

"Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dimaklumkan tiga kes kematian berkaitan Covid-19 setakat ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia sebanyak 249 kes," ujarnya menerusi sidang media pada Jumaat petang.

Sehingga hari ini, 491 kes telah pulih dan dibenarkan discaj menjadikan 20,248 kes keseluruhan pulih di Malaysia.

Perincian kes kematian hari ini.

Untuk rekod semasa, 90 kes positif Covid-19 kini dirawat di unit rawatan rapi (ICU) di mana 20 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham mendedahkan terdapat lapan kluster baharu hari ini.

Demikian senarai 8 kluster baharu:

1) Kluster Rumah Merah (Sabah)

2) Kluster Telipok (Sabah)

3) Kluster Sembulan (Sabah)

4) Kluster Merpati (Selangor)

5) Kluster Astaka (Selangor)

6) Kluster Titian (Labuan

7) Kluster Gala (Negeri Sembilan)

8) Kluster Meldrum (Johor)

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain