Tiada perubahan, harga minyak kekal

Harga runcit petrol dan diesel kekal sebagaimana harga pada minggu sebelumnya.

SEBAGAIMANA kebiasaan, harga baharu petrol akan diumumkan pada hari Jumaat.

Terbaharu, Kementerian Kewangan mengumumkan harga runcit RON95, RON97 dan diesel, masing-masing kekal bagi tempoh 31 Oktober hingga 6 November ini.

Menerusi satu kenyataan, dimaklumkan RON95, RON97 dan diesel adalah pada harga RM1.64, RM1.94 dan RM1.74 seliter.

Harga minyak bermula 31 Oktober 2020.

“Harga berkenaan berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik.

“Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara, ” menurut kenyataan itu, hari ini. - BERNAMA

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain