suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tun Abdullah sihat walafiat, orang ramai diminta berhenti sebar berita palsu

Pejabat Tun Abdullah menafikan penularan berita palsu mengenai kesihatan mantan perdana menteri itu.

ORANG ramai diminta untuk berhenti menyebarkan berita palsu mengenai status kesihatan Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Pejabat mantan perdana menteri itu dalam satu kenyataan menafikan berita yang tular mengenai Abdullah baru-baru ini.

Kenyataan tersebut turut mengesahkan Abdullah berada dalam keadaan yang sihat.

ARTIKEL BERKAITAN: Lagi berita palsu kematian Pak Lah, laporan polis akan dibuat esok

"Untuk makluman, beliau berada dalam keadaan yang sihat walafiat bersama keluarga," demikian menurut kenyataan tersebut pada Jumaat.

Ia turut menyatakan kekesalan kerana berita palsu mengenai Abdullah terus tersebar walaupun setelah laporan polis dibuat pada 10 Ogos.

"Kami berharap masyarakat dapat mengesahkan maklumat sahih dari pihak berkuasa yang berkenaan," katanya.

Abdullah, 81, berkhidmat sebagai Perdana Menteri kelima dari tahun 2003 hingga 2009. - THE STAR

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain