suria

Ada kontak rapat dengan individu positif Covid-19, MB Terengganu diarah jalani kuarantin wajib

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar. Foto: The Star/Azman Ghani

DATUK Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dikehendaki menjalani kuarantin wajib selama 14 hari kerana mempunyai kontak dengan dua individu yang positif Covid-19.

Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Terengganu itu, Muhyidin Abdul Rashid berkata kuarantin wajib itu adalah seperti yang diarahkan oleh pihak Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu yang turut berusaha mengenal pasti, menghubungi dan menjalankan ujian Covid-19 terhadap semua yang berkait dengan kontak berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Ketua Penerangan Umno, Shahril Hamdan pula positif Covid-19 - “Tiada simptom ketara melainkan penat sikit”

"Untuk makluman, YAB DS (Yang Amat Berhormat Datuk Seri) Menteri Besar juga telah menjalani ujian Reverse-Transcription Polymerase Chain Reaction (rRT-PCR) Covid-19 dan disahkan negatif, namun perlu menjalani satu lagi ujian pada hari ke-13 nanti," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Susulan itu Muhyiddin berkata semua program dan aktiviti melibatkan Ahmad Samsuri terpaksa ditangguhkan sehingga beliau selesai menjalani kuarantin wajib.

"Walaupun begitu, YAB DS Menteri Besar akan mempengerusikan Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri pada 30 September ini secara video dalam talian," katanya. - BERNAMA

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berikut

Harga petrol, diesel naik

Artikel Lain