suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Status haji, solat Jumaat akan diumum Khamis ini

Selepas mempertimbangkan pelbagai faktor, keputusan berkaitan haji dan solat Jumaat akan diumumkan Khamis ini.

HANYA beberapa hari lagi, Malaysia akan mengumumkan keputusan berkaitan penghantaran jemaah haji.

Perkara itu akan disampaikan pada Khamis kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zukifli Mohamad Al-Bakri.

Turut akan diumumkan adalah Prosedur Operasi Standard (SOP) berkenaan keluasan dan kapasiti bagi solat jemaah dan solat Jumaat dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

“Satu kenyataan rasmi akan kita kemukakan selewat-lewatntnya Khamis ini untuk menjawab sebarang bentuk persoalan tentang solat Jumaat dan solat jemaah," katanya dalam sidang media bersempena Pembentangan Kad Laporan Mei 2020, di Putrajaya, Selasa.

Beberapa negara seperti Indonesia dan Singapura sebelum ini dilaporkan memutuskan untuk tidak menghantar jemaahnya menunaikan haji bagi tahun ini dengan alasan kesihatan dan keselamatan berikutan pandemik COVID-19 yang masih belum pulih.

Zukifli berkata Malaysia akan mengadakan perbincangan khusus dan rasmi dengan pelbagai pihak berautoriti berhubung dasar yang akan diputuskan termasuk berkaitan status tunai haji dan solat Jumaat dan berjemaah.- Bernama

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

haji, menteri agama, solat Jumaat

Artikel Lain