suria

Selangor larang kenduri kahwin... nikah bersyarat, diadakan secara kecil-kecilan dibolehkan

Susulan wabak Covid-19, Selangor tampil dengan peraturan tegas berhubung penganjuran majlis kenduri kahwin dan akad nikah. -Gambar hiasan

SELANGOR mengambil langkah tegas dan jelas apabila melarang majlis perkahwinan diadakan susulan peningkatan kes Covid-19.

Bagaimanapun, majlis kecil akad nikah boleh diadakan dengan syarat tertentu, menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) petang Selasa.

ARTIKEL BERKAITAN: Kedai makan boleh dibuka untuk pelanggan tapau, guna servis Food Panda, Grab Food pun tak ada masalah!

Antara syarat yang ditetapkan adalah, majlis diadakan di premis sendiri.

"Dilarang sama sekali melangsungkan akad nikah di tempat awam seperti masjid, surau atau seumpamanya," menurut kenyataan tersebut.

Majlis hanya boleh dihadiri oleh maksimum 10 orang yang terdiri daripada seorang pendaftar/penolong pendaftar perkahwinan, pengantin lelaki, pengantin perempuan, seorang wali, dua saksi, dua wakil pengantin lelaki dan dua wakil pengantin perempuan.

"Perjalanan majlis akad nikah tidak melebihi 20 minit, termasuk khutbah nikah," katanya.

Selain itu ia perlu dilangsungkan tanpa berjabat tangan antara pengantin lelaki dengan wali atau pendaftar/penolong pendaftar perkahwinan.

Bagaimanapun majlis tersebut perlu dibatalkan jika mana-mana pihak yang terlibat disahkan atau disyaki positif Covid-19.

kahwin, larang, kenduri, Selangor, nikah

Artikel Lain