suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kereta terbang kedua negara sedang dibangunkan di Eropah, kata menteri

Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof.

KERETA terbang kedua negara menggunakan teknologi yang berbeza daripada kereta terbang pertama akan membuat penerbangan pertamanya pada suku ketiga (Q3) tahun depan, kata Menteri Pembangunan Usahawan Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof.

Beliau berkata kereta itu sedang dibangunkan di Eropah dan perbincangan telah dilakukan dengan pembina sama ada untuk membawa kereta itu melakukan penerbangan pertamanya pada tahun depan.

ARTIKEL BERKAITAN: Prototaip kereta terbang pertama Malaysia diperkenal tahun ini

“Versi kedua menggunakan teknologi baharu dan kita telah berbincang sama ada ia boleh dilakukan, dan sekiranya ada minat di negara ini, untuk mengadakan penerbangan pertama pada suku ketiga tahun depan,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di Kuala Lumpur pada Khamis.

Pada Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2019 awal tahun ini, kementerian telah mempamerkan prototaip kenderaan terbang yang dinamakan ‘Vector’.

Menurut pembina Aerodyne, “Vector” bukanlah kereta terbang yang paling dinanti-nantikan tetapi sistem pengangkutan udara dari titik ke titik.- BERNAMA

Artikel Lain