suria

Tweet @PintarComel curi perhatian, Tunku Azizah zahir kata semangat buat calon UPSR

Tunku Azizah turut menzahirkan kata-kata semangat buat calon UPSR di seluruh negara.

IMEJ baginda yang bersahaja dan sentiasa dekat dengan rakyat menjadikan Raja Permaisuri Agong , Tunku Azizah Maimunah Iskandariah disenangi serta disanjung tinggi rakyat Malaysia.

Sifat penyayang baginda terserlah apabila pada petang Selasa Tunku Azizah menzahirkan ucapan serta kata-kata semangat buat pelajar tahun enam yang mula menduduki Peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), bermula Rabu.

"Saya mendoakan semua lulus dengan cemerlang. Jangan lupa baca bismillah dan doa nabi Musa", titah baginda menerusi akaun @cheminahsayang.

Tweet dari @PintarComel.

Maklum balas tersebut  dizahir selepas satu perkongsian dari akaun twitter PintarComel yang merupakan maskot majalah Kuntum keluaran Kumpulan Media Star.

Pintar (kiri) dan Comel. Foto AZHAR MAHFOF

"Tuanku @cheminahsayang bolehkan Tuanku berikan sedikit kata-kata semangat kepada rakan-rakan kami yang akan mengambil peperiksaan UPSR esok?", demikian perkongsian yang menarik perhatian baginda.

Peperiksaan UPSR 2019  dijadualkan berlangsung pada 4, 5, 10, 11 dan 12 September ini.

Respons daripada Tunku Azizah kepada calon UPSR.

Seramai 445, 641 calon mendaftar bagi menduduki UPSR di 8, 076 pusat peperiksaan di seluruh negara.

UPSR, Tunku Azizah, Kuntum

Artikel Lain