Polis nafi dakwaan ibu bapa Nora Anne bersubahat

Meabh bersama Nora Anne.

POLIS menafikan dakwaan yang mengatakan keluarga Nora Anne Quoirin, 15, bersubahat dalam kehilangan dan kematian remaja berkenaan, baru-baru ini.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop berkata, dakwaan tersebut adalah fitnah dan pihaknya tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan mengatakan ibu bapa remaja terbabit terlibat.

"Kita nafikan, bagi kes kematian ini memang kita siasat, tapi tidak adalah kita kata ibu bapa remaja itu terlibat. Kita siasat atas fitnah tersebut," katanya kepada Sinar Harian.

Dalam satu muat naik di Facebook, peguam Anne Brennan yang juga seorang aktivis kanak-kanak didakwa menuduh keluarga Quoirin 'berusaha sedaya upaya' untuk 'mengganggu proses keadilan'.

Hantaran tersebut juga mendakwa ibu bapa gadis tersebut 'cabut lari' dari Malaysia sebaik sahaja menerima jaminan yang mereka tidak akan disiasat dalam kes terbabit.

13 Ogos lalu, mayat Nora Anne ditemukan kira-kira jam 1.57 petang oleh sekumpulan pendaki yang menyertai operasi SAR kira-kira 2.5 kilometer dari lokasi dia dilaporkan hilang sejak 4 Ogos lalu.

Laporan bedah siasat kemudian mengesahkan gadis tersebut meninggal dunia disebabkan kebocoran pada usus mungkin akibat kelaparan dan stres selain tiada tanda-tanda perbuatan jenayah dan remaja itu tidak dirogol.

Gadis berusia 15 tahun yang mengalami masalah pembelajaran itu dilaporkan hilang dari resort The Dusun Pantai Hill di sini pada 4 Ogos lalu semasa sedang bercuti bersama ibu, Maebh Jaseprine Quorin, 46, dan bapa, Sebastian Marie Philipe, 47, serta dua adiknya. - Sinar Harian.

Nora Anne Quoirin, Anne Brennan

Artikel Sebelum

Klik

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Artikel Lain