Exco Perak didakwa lakukan serangan seksual ke atas pembantu rumah

Seorang Exco Perak didakwa melakukan serangan seksual terhadap seorang pembantu rumah warga Indonesia. - Gambar hiasan

SEORANG Exco Kerajaan Negeri Perak disiasat kerana didakwa melakukan serangan seksual terhadap seorang pembantu rumah warga Indonesia.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Bukit Aman, Asisten Komisioner Choo Lily ketika dihubungi mengesahkan kes tersebut.

"Ya, satu laporan dibuat (berhubung kes)," katanya.

Dipercayai laporan tersebut dibuat oleh mangsa pada Isnin.

Sementara itu, Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming berkata, memandang dakwaan itu adalah serius.

"Parti melihat perkara ini sebagai sesuatu yang membimbangkan dan kami berpendapat bahawa tiada sesiapa yang boleh terlepas daripada tindakan undang-undang.

"Sehubungan itu, kami menyerahkan sepenuhnya perkara ini kepada pihak berkuasa,” katanya.

Exco Perak yang disoal siasat itu dilaporkan mendakwa tidak melakukan perkara tersebut seperti yang didakwa.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi oleh Sin Chew Daily. - The Star

Exco Perak, serangan seksual

Artikel Lain