suria

Tiga remaja 'picit makanan' di kedai serbaneka ditahan polis

Paparan skrin kejadian tular di sebuah kedai serbaneka.

POLIS menahan tiga remaja selepas mereka tampil menyerah diri pada Jumaat bagi membantu siasatan kes merosakkan makanan di sebuah kedai serbaneka di Nilai seperti yang tular di media sosial semalam.

Ketua Polis Daerah Nilai Supt Mohd Marzukee Besar yang mengesahkan perkara itu berkata ketiga-tiga remaja itu dengan dua daripadanya berumur 18 tahun dan seorang 20 tahun, ditahan di perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai, pada pukul 3.45 petang.

ARTIKEL BERKAITAN: “Sayalah budak yang picit-picit roti semua tu” - Selepas 'jahanam'kan makanan sambil ketawa di kedai serbaneka, remaja mohon maaf

ARTIKEL BERKAITAN: “Mula-mula rasa kelakar, tapi bila dia buka minuman tu...” - Rakam aksi 'picit makanan', kawan akui buat kesalahan bodoh tak bertempat

"Mereka mengaku melakukan perbuatan itu dan kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana khianat. Kita juga akan mengemukakan permohonan reman terhadap mereka bagi siasatan lanjut," katanya kepada Bernama di Seremban, Negeri Sembilan, Jumaat.

Semalam, tular di media sosial video berdurasi satu minit 10 saat itu yang memaparkan perbuatan seorang remaja yang dipercayai sengaja merosakkan makanan di sebuah kedai serbaneka sambil dirakam oleh seorang rakan manakala seorang lagi mentertawakan tindakan berkenaan.

Video berkenaan bagaimana pun mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.

picit, makanan, Family mart

Artikel Lain