Pelan induk ECER 2.0, lonjakan seterusnya 2018 - 2035 - Semasa | mStar

Pelan induk ECER 2.0, lonjakan seterusnya 2018 - 2035

Kesejahteraan untuk rakyat... Rakyat adalah teras utama agenda pembangunan ECER. Pelan Induk ECER 2.0 (2018-2025) akan menyaksikan peluang-peluang pekerjaan dan keusahawanan daripada pelaburan swasta di wilayah ini.



TRANSFORMASI BERTERUSAN, RAKYAT SEJAHTERA

Kesejahteraan rakyat sentiasa menjadi teras utama dalam inisiatif pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) sejak penubuhannya lebih sedekad yang lalu.

Dalam meneruskan kesinambungan transformasi sosioekonomi di Wilayah ini, Pelan Induk ECER 2.0 (2018-2025) telah dirangka dengan mengambil kira kepentingan rakyat bagi memastikan Wilayah ECER terus membangun dan beradaptasi terhadap cabaran dan perkembangan masa hadapan.

Pelaksanaan Pelan Induk ECER 2.0 juga akan membawa harapan baharu kepada rakyat melalui peningkatan peluang-peluang pekerjaan dan keusahawanan yang diwujudkan oleh pelaburan swasta di Wilayah ini.


TRANSFORMASI SEDEKAD MERUBAH KEHIDUPAN RAKYAT (2008-2017)

Sejak tahun 2008 sehingga kini, pihak Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) telah berjaya membina asas yang kukuh untuk membangunkan landskap sosioekonomi ECER berlandaskan Pelan Induk ECER 1.0 (2008-2017) dengan menarik pelaburan swasta yang telah menjana peluang-peluang pekerjaan baharu dan pelaksanaan pelbagai projek berimpak tinggi dan program modal insan yang bertujuan meningkatkan taraf hidup rakyat.

Antara projek-projek strategik yang telah dilaksanakan di bawah Pelan Induk ECER 1.0 ialah peluasan Pelabuhan Kuantan, pembangunan taman-taman industri bertema, penaiktarafan sistem bekalan air, dan program-program pembangunan modal insan seperti empower ECER, entrepreneur ECER dan Program Pemerkasaan Graduan ECER (ETEP) yang berjaya merubah kehidupan kumpulan sasarnya, terutamanya di kalangan isi rumah B40, generasi muda, dan Orang Asli.

Pencapaian 2008-2017

RM111.6 bilion Pelaburan Swasta Komited

- 149,400 Peluang Pekerjaan

- 31,700 Usahawan/Peluang Perniagaan



LONJAKAN SETERUSNYA (THE NEXT LEAP) 2018-2025

Berdasarkan kemajuan yang telah dicapai setakat ini, Wilayah ECER kini bersedia untuk memasuki era lonjakan pertumbuhan yang seterusnya, sejajar dengan agenda pembangunan negara yang berasaskan prinsip pertumbuhan dengan ekuiti ke arah mencapai status negara maju dan inklusif. Pembangunan Wilayah ini akan diteruskan dengan pelaksanaan projek-projek infrastruktur strategik dan program-program modal insan untuk menjana peluang pekerjaan dalam industri bernilai tinggi.

Sehubungan itu, ECERDC telah melancarkan Pelan Induk ECER 2.0 yang berperanan sebagai panduan utama dalam meneruskan kesinambungan pembangunan sosioekonomi Wilayah ini sehingga tahun 2025 dan seterusnya. Di bawah Pelan Induk ECER 2.0, pembangunan ECER akan beralih kepada sebuah model yang dipacu oleh produktiviti, dengan penekanan terhadap pelaburan bernilai tambah tinggi dan berteraskan teknologi intensif.



PEMBANGUNAN YANG MAPAN DAN SEIMBANG DI ECER

Di bawah Pelan Induk ECER 2.0, pembangunan di Wilayah ini akan tertumpu di tujuh (7) nod pertumbuhan yang telah dikenal pasti, yang mana setiap satunya mempunyai kelebihan dan industri fokus tersendiri.

Selaras dengan aspirasi Kerajaan, pihak ECERDC akan terus memastikan kewujudan ekosistem yang merangkumi pelaksanaan projek-projek strategik, penarikan pelaburan swasta, serta pemerkasaan rakyat melalui pembangunan modal insan yang bersifat menyeluruh agar wawasan ECER menjadi sebuah Wilayah Maju menjelang 2025 berjaya dicapai.

ECER juga kini bersedia memainkan peranan sebagai Gerbang ke Asia Pasifik melalui pelaksanaan projek-projek berimpak tinggi, antaranya, peluasan Pelabuhan Kuantan menjadi pelabuhan laut dalam dan pembinaan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang akan menjadikannya destinasi ideal untuk para pelabur dari dalam dan luar negara.

Pelancaran Pelan Induk ECER 2.0 ini membuktikan komitmen Kerajaan untuk meneruskan transformasi sosioekonomi ECER yang dipacu oleh kluster-kluster ekonomi utama dan disokong oleh penerapan Industri 4.0 serta peningkatan dari segi perkhidmatan, rangkaian pengangkutan dan jalur lebar. Pelan Induk ECER 2.0 memberikan hala tuju yang jelas buat Wilayah ini untuk memasuki era lonjakan pertumbuhan yang seterusnya, demi memastikan kesejahteraan yang berkekalan buat rakyat dan generasi akan datang.

Untuk lebih informasi, sila ke laman web, Facebook atau Instagram ECER.

ECER 2.0 , Pelan Induk

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Artikel Lain