suria

Pecat pekerja pembersihan, Kementerian Pendidikan diminta campur tangan

Gambar hiasan pekerja pembersihan.

KEMENTERIAN Pendidikan diminta campur tangan terhadap keputusan kontraktor pembersihan yang didakwa memberhentikan ramai pekerja mereka sebelum ini sehingga menyebabkan kebanyakannya hilang punca pencarian.

Kebanyakan pekerja pembersihan yang diberhentikan adalah golongan berpendapatan rendah atau B40 termasuk ibu tunggal dan penerima bantuan kerajaan seperti Baitulmal yang masih menanggung beban menyara kehidupan keluarga.

Berdasarkan laporan media sebelum ini, lebih 45,000 pekerja pembersihan di seluruh negara diberhentikan dengan alasan kekangan peruntukan dan kewangan yang disalurkan Kementerian Pendidikan kepada syarikat-syarikat kontraktor.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Shaid Rosli berkata, keputusan ini agak mengecewakan dan seolah-olah satu penganiayaan kepada kumpulan pekerja pembersihan ini.

“Jika itulah alasannya, Kementerian Pendidikan boleh mengambil contoh apa yang dilakukan oleh kerajaan Selangor di mana mereka menawarkan tender berdasarkan tawaran harga.

“Siapa yang menawarkan pada kadar lebih rendah akan layak menerimanya.

“Kementerian Pendidikan juga sepatutnya boleh menggunakan kaedah itu dengan menetapkan syarat bagi mana-mana kontraktor yang boleh menawarkan pakej yang lebih rendah untuk kelayakan diberi kontrak.

“Jadi dalam kes ini, kemungkinan pembuangan pekerja dapat dielakkan,” ujarnya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Shaib memberitahu, di DUN Jeram sendiri, seramai 39 orang pekerja pembersihan sudah membuat aduan di pejabat ADUN akibat diberhentikan dan sebahagian besar adalah ibu tunggal serta masih mempunyai tanggungan dengan gaji yang diterima pula adalah gaji asas iaitu RM1,100.

“Justeru, Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik diminta memberi respon terhadap isu ini dan menyuarakan satu jalan penyelesaian yang dapat mengurangkan beban ditanggung mereka yang sudah diberhentikan.”

Pekerja pembersihan, kontraktor

Artikel Lain