suria

Bukan biasa-biasa! Bekas PM muncul dalam video klip hip-hop

Datuk Seri Najib Tun Razak dalam sedutan video itu.

SEBUAH video hip-hop yang memaparkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bakal dilancarkan pada Ahad, kata usahawan Mohd Nor Kharoni Kamisan.

Lebih dikenali sebagai Ron Kamisan, dia berkongsi sedutan video berdurasi 45 saat itu menerusi Instagram.

Ia diberi judul BBB yang bermaksud 'Bukan biasa-biasa" yang menjadi trademark usahawan itu sejak Februari lalu.

Lagu itu merupakan kolaborasi penyanyi Rap ADK dan RASH the Warchild.

Menerusi sedutan video itu, Najib kelihatan berada di dalam sebuah kereta Toyota Vellfire sambil diiringi pihak polis.

Video turut memaparkan kenderaan mewah itu berhenti di hadapan empat lelaki yang sedang duduk di lokasi makan-makan popular, Lepaking yang terletak di Jalan Gombak yang mana ia dimiliki oleh Ron sendiri.

Sewaktu pintu kenderaan dibuka, nyanyian rap dimulakan sebelum Najib mengangkat ibu jarinya sambil tersenyum.

Bagaimanapun, penglibatan Najib dalam video itu masih tidak dapat dipastikan.

Ron yang mengaku meminati figura politik itu mempamerkan video berkenaan kepada 99,000 pengikutnya di Instagram. - The Star.

Artikel Lain