suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tengku Maimun ketua hakim wanita pertama Malaysia

Tengku Maimun Tuan Mat.

HAKIM Mahkamah Persekutuan, Datuk Tengku Maimun Tuan Mat dilantik sebagai ketua hakim negara, sekali gus menjadi wanita pertama yang memegang jawatan itu.

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan berkata, Yang di-Pertuan Agong memperkenan pelantikan Tengku Maimun sebagai ketua hakim negara di atas nasihat Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad dan selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja yang bersetuju dengan pelantikan tersebut.

Menurut kenyataan itu, pelantikan Tengku Maimun sebagai ketua hakim negara berkuat kuasa pada Khamis.

Pejabat Perdana Menteri turut menyatakan penghargaan dan mengucapkan terima kasih kepada Tan Sri Richard Malanjum di atas perkhidmatannya sebagai ketua hakim sebelum ini. - The Star

Artikel Lain