suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Jangan risau Mama. Segalanya baik sahaja” - TMJ

Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah. Foto DYMM RAJA ZARITH SOFIAH/FACEBOOK

TUNKU Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim memberi jaminan kepada bondanya, Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris bahawa segalanya adalah baik belaka.

"Jangan risau mama. Segala-galanya akan baik sahaja. 

"Tidak kira betapa gelapnya ribut melanda, ia akan sentiasa ada sinar mentari. Ini janjiku kepadamu, wahai ibuku. Allah Peliharakan Sultan," katanya menurut perkongsian di halaman rasmi Facebooknya.

Tunku Ismail memberi jaminan itu selepas Raja Zarith menulis satu perkongsian menyentuh hati di halaman Facebooknya berhubung kritikan daripada pelbagai pihak terhadap anak-anaknya, terutama Tunku Ismail.

Raja Zarith merujuk kepada puteranya, Almarhum Tunku Laksamana Johor Tunku Abdul Jalil Ibni Sultan Ibrahim, yang mangkat akibat kanser hati pada usia 25 tahun 2015.

"Kepada mereka, saya berdoa semoga Allah SWT mengurniakan taufik dan hidayahNya. Dan kepada mereka yang memberi nasihat pula kepada anak-anak saya, saya mengucapkan terima kasih dengan hati yang ikhlas," titah Raja Zarith.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Istana Johor sering bertentangan dengan pelbagai isu seperti Statut Rom, untuk pelantikan menteri besar serta ahli majlis eksekutif negeri. - The Star

Artikel Lain