suria

Hishammuddin sedia sokong pimpinan Dr Mahathir walau ada dalam PH tak buat

Hishammuddin (kiri) dan Dr Mahathir.

DATUK Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, beliau sedia menyokong kepimpinan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menurut ahli Parlimen Sembrong itu, persengketaan dalaman dan politik peribadi yang kini diamalkan dalam kalangan pemimpin Pakatan Harapan perlu diselesaikan serta-merta kerana ia tidak mempamerkan imej yang baik dan kestabilan negara.

"Saya dapat bekerja di bawah Dr Mahathir selama 20 tahun dan saya tidak pernah melihat sebarang isu.

"Kenapa sekarang ada masalah 'kediktatoran' walaupun dari kalangan Pakatan Harapan?" katanya kepada pemberita di lobi Parlimen pada Selasa.

Hishammudin berkata, melabelkan Dr Mahathir sebagai diktator tidak seharusnya berlaku dan tidak menyumbang kepada kestabilan negara.

"Orang kamu sendiri dalam gabungan kamu memanggil kamu diktator," katanya sambil menambah bahawa perkara itu tidak pernah berlaku ketika Dr Mahathir memimpin sebelum ini.

"Saya yakin mereka dalam Barisan Nasional akan bersama Dr Mahathir untuk memastikan beliau dapat meneruskan tugasnya sebagai perdana menteri," tambah Hishammuddin.

Hishammuddin berkata demikian bagi mengulas kenyataan yang dibuat oleh Nurul Izzah Anwar kepada media Singapura bahawa beliau tidak berpuas hati dengan pentadbiran Pakatan Harapan.

Ahli Parlimen Permatang Pauh itu memberitahu media Singapura, The Straits Times bahawa beliau 'patah hati' bekerja dengan Dr Mahathir yang dipanggilnya sebagai 'bekas diktator'.

Nurul Izzah turut memberitahu bahawa penggal ini merupakan yang terakhir baginya menjadi wakil rakyat berikutan kekecewaannya dengan usaha kerajaan Pakatan Harapan pada masa ini. - The Star

Artikel Berikut

Abdul Hadi dimasukkan ke IJN

Artikel Lain