suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tun M bukan diktator, Hadi 'betulkan' Nurul Izzah

PRESIDEN PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada Selasa 'memperbetulkan' dakwaan Nurul Izzah Anwar bahawa Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad bukanlah seorang diktator.

Abdul Hadi tanpa diminta, terbuka untuk mengulas mengenai kenyataan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu ketika ditemui media di lobi Parlimen pada Selasa.

“Saya nak komen tentang kenyataan yang katakan Tun Mahathir diktator, itu bukan diktator, itu tegas kerana beliau dipilih secara demokratik dalam pilihan raya dan PH yang pilih beliau sebagai Perdana Menteri, bukan beliau lantik diri sendiri.

“Apa yang penting ialah ketegasan. Tegas menghadapi ahli Kabinet yang lemah.

“(Tun Mahathir) bukan diktator. Itu suatu yang perlu bagi pemimpin, beliau perlu tegas menghadapi ahli Kabinet yang lemah,” katanya.

Sebelum ini, Nurul Izzah yang juga anak sulung Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggelarkan Dr Mahathir sebagai bekas diktator pada sesi wawancara bersama Straits Times Singapura, baru-baru ini.

Dalam wawancara itu, Nurul Izzah turut membuat kejutan dengan mengatakan ini penggal terakhir beliau menjadi wakil rakyat.

Bekas Naib Presiden PKR itu sebelum ini melepaskan jawatannya dalam Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) setelah tidak bersetuju dengan kenyataan Dr Mahathir yang mahu mengekalkan Datuk Seri Ronald Kiandee sebagai Pengerusi PAC. - Sinar Harian

Artikel Lain