suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tertuduh remaja mengadu didera fizikal, seksual - Peguam

TERTUDUH ketiga dalam kes pembunuhan Ketua Pegawai Eksekutif Cradle Fund Sdn Bhd, yang ditahan di Asrama Sentul Sentosa mengadu didera secara fizikal dan seksual.

Perkara itu didedahkan Peguam, Hisham Teh Pok Teik pada prosiding sebutan kali pertama di Mahkamah Tinggi Shah Alam, Selasa.

Sehubungan itu, Hisham memohon mahkamah mengeluarkan arahan supaya anak guamnya diletakkan bersama OKT kedua berusia 13 tahun yang ditahan di Sekolah Koreksional Puncak Alam.

Sementara itu, Peguam Salim Bashir memohon mahkamah mengeluarkan arahan secara terus kepada pihak pendakwaraya dan warden untuk keselamatan tertuduh tersebut.

Hakim Datuk Ab Karim Ab Rahman bagaimanapun memerintah peguam membuat permohonan rasmi.

"Saya tidak dapat membuat keputusan berdasarkan aduan semata-mata," katanya.

Terdahulu, suasana di dalam mahkamah bertukar hiba apabila tertuduh pertama, Samirah Muzzafar menangis dan memeluk kedua-dua tertuduh itu.

Ahli keluarga terdekat termasuk bapanya, Dr Chandra Muzaffar Shah yang juga hadir masing-masing menangis sebaik kesemua tertuduh dibawa masuk ke galeri awam.- SinarHarian

Cradle Fund, Nazrin, Samirah

Artikel Lain