suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Berbaju Melayu samun kedai serbaneka

Dua lelaki bersenjata parang menyamun sebuah kedai serbaneka di Seksyen 17. Foto: Sinar Harian

DUA penjenayah berbaju Melayu dengan bersenjatakan parang menyamun sebuah kedai serbaneka di Seksyen 17 pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kira-kira pukul 2 petang.

Menurutnya, sisasatan mendapati ketika kejadian terdapat dua pekerja kaunter dan beberapa pelanggan sedang beratur membuat bayaran.

"Datang dua lelaki bertopi keledar dengan memakai baju Melayu warna hijau muda dan biru cair meluru masuk ke premis terbabit dengan bersenjatakan parang.

"Suspek telah mengambil tiga kartun rokok Dunhill bernilai RM510 serta wang tunai RM200 dari dalam laci kaunter," katanya dalam satu kenyataan.

Baharudin berkata, suspek kemudian dipercayai melarikan diri menaiki motosikal jenis Yamaha 135LC.

Jelas Baharuddin, pihaknya telah mengenal pasti suspek terbabit dan usaha mengesan sedang diteruskan.

"Orang ramai yang melihat kejadian boleh tampil salurkan maklumat kepada Pegawai Penyiasat Inspektor Ravind di talian 012-2633203 atau pejabat 03-55202222," tambahnya. - Sinar Harian

Rompak, baju melayu

Artikel Lain