suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pelajar tempuh detik cemas nyaris diculik

Gambar hiasan.

SEORANG pelajar berusia 13 tahun nyaris diculik semasa berjalan kaki pulang ke rumah dari sekolah, dalam kejadian di Tanjung Tualang, dekat Batu Gajah, Perak.

Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, dalam insiden pada pukul 1.30 petang itu, pelajar tersebut berada dekat persimpanan Taman Tualang sebelum sebuah kereta Proton Waja warna perak secara tiba-tiba berhenti berhampiran.

Beliau berkata, salah seorang suspek di bahagian tempat duduk belakang membuka pintu kereta dan cuba menarik mangsa ke dalam kenderaan.

"Budak tersebut menolak cengkaman suspek dan berlari ke rumahnya.

"Dia bersama bapanya berusia 50 tahun kemudian membuat laporan polis berhubung kejadian," katanya.

"Budak berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan, dan kita percayai tiga suspek terlibat," tambahnya.

Ahmad Adnan berkata, lokasi kejadian kira-kira 600 meter dari sekolah.

Beliau berkata, tiada perumahan atau premis perniagaan berdekatan semasa insiden berlaku, malah tiada kamera litar tertutup (CCTV) dipasang di lokasi kejadian.

Menurut Ahmad Adnan, kes disiasat di bawah Seksyen 363/511 Kanun Keseksaan. - The Star


Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain