Kes rasuah Rosmah dipindah ke Mahkamah Tinggi

Foto Bernama

PIHAK pendakwaan memohon supaya kes isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang didakwa menerima dan memberi rasuah berhubung projek tenaga solar, dipindahkan ke Mahkamah Tinggi kerana mahkamah itu mempunyai bidang kuasa yang lebih luas berbanding Mahkamah Sesyen.

Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib berkata ia juga bagi memberi suai manfaat dan keadilan terhadap kes itu.“Ini bagi memastikan kes tersebut berakhir dengan cara yang lebih wajar. 

Sekiranya kes ini dimulakan di Mahkamah Tinggi, maka rayuannya boleh didengar sehingga ke Mahkamah Persekutuan, jika ada sebarang isu undang-undang yang kompleks timbul, ia akan diselesaikan di Mahkamah Persekutuan,” kata Ahmad Akram.

ARTIKEL BERKAITAN: Rosmah, bekas pembantu akan didakwa Khamis ini

Beliau berhujah di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah dalam permohonan pihak pendakwaan supaya kes itu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Peguam Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakili Rosmah, 67, yang hadir ke mahkamah berbaju kurung kuning, memohon diberikan masa untuk memfailkan afidavit bantahan terhadap permohonan memindahkan kes tersebut.

“Kami perlu meneliti 370 muka surat dokumen berkaitan kes itu dan anak anak guam kami (Rosmah) juga berasakan kes ini sengaja dilaksanakan secara tergesa-gesa, mohon kami diberikan masa,” kata peguam itu.

Mahkamah turut menetapkan 15 Mac untuk mendengar hujahan peguam dan pendakwaan berhubung permohonan memindahkan kes itu.

Pada 15 Nov tahun lepas, Rosmah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas dua pertuduhan meminta dan menerima rasuah berjumlah RM1.5 juta berhubung projek pembekalan dan pemasangan tenaga solar di 369 sekolah luar bandar di Sarawak, dua tahun lepas.

Rosmah didakwa mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000 mengikut yang mana lebih tinggi,  jika sabit kesalahan. - Bernama

Rosmah Mansor

Artikel Sebelum

Sultan Pahang dipilih Agong baharu

Artikel Berikut

Klik

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Artikel Lain