Media berkumpul depan Istana Negara seawal 7 pagi - Semasa | mStar

Media berkumpul depan Istana Negara seawal 7 pagi

Foto Bernama

PENGAMAL media tempatan mula berkumpul di hadapan pintu masuk utama Istana Negara, bagi menantikan ketibaan raja-raja Melayu yang dijadual menghadiri Mesyuarat Khas Majlis Raja-Raja untuk memilih Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada Khamis.

Puluhan wartawan dan jurugambar dari pelbagai agensi media sudah berkumpul di sini, sejak 7 pagi lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Pemilihan YDP Agong ke-16 hari ini

Mesyuarat khas berkenaan dijadual berlangsung pada 10.30 pagi berikutan pengumuman peletakan jawatan Sultan Muhammad V sebagai Yang di-Pertuan Agong pada 6 Jan lepas.

Sehingga jam 9 pagi Khamis, anggota polis turut dilihat giat membuat persiapan bagi menyambut ketibaan raja-raja dengan mengawal aliran trafik serta menyusun kon keselamatan.

Cuaca baik sejak pagi namun agak panas tidak menghalang pelancong asing untuk melawat Istana Negara yang menjadi satu destinasi pelancongan popular negara. - Bernama

Yang di-Pertuan Agong

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Pemilihan YDP Agong ke-16 hari ini