Restoran Nasi Kandar Pelita henti jual rokok - Semasa | mStar

Restoran Nasi Kandar Pelita henti jual rokok

Seorang pekerja restoran Pelita di Taman Chai Leng di sini meletakkan kertas yang tertera 'Rokok Tidak Dijual' pada rak rokok di Restoran Pelita di Taman Chai Leng hari ini. Nasi Kandar Pelita menjadi nasi kandar yang pertama menghentikan penjualan rokok di semua rangkaiannya di seluruh negara bermula 16 Januari.

BUTTERWORTH: Pemilik restoran nasi kandar Pelita, antara restoran nasi kandar paling popular di Malaysia, Pelita Samudra Pertama (M) Sdn Bhd (Pelita), telah menghentikan penjualan rokok di semua kaunter rangkaian restorannya di seluruh negara bermula Rabu.

Pengarah Eksekutif Pelita, Datuk K K Sihabutheen berkata sepatutnya pemberhentian penjualan rokok di 28 buah cawangan restoran nasi kandar itu dibuat bermula pertengahan tahun depan berikutan pihaknya masih mempunyai kontrak bersama pihak pembekal rokok.

"Walau bagaimanapun, menerusi satu perbincangan mereka (pembekal rokok) bersetuju menamatkan kontrak membekal rokok di restoran nasi kandar Pelita bermula semalam.

“Kami yakin langkah ini akan disokong pelanggan kerana kebanyakan mereka mahu satu kawasan bebas daripada asap rokok. Lagipun tidak guna menjual rokok kalau menghisap rokok tidak dibenarkan dalam restoran," katanya dalam sidang akhbar di sini, Khamis.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pertanian dan Industri Asas Tani serta Pembangunan Luar Bandar Pulau Pinang, Dr Afif Bahardin yang turut hadir dalam sidang akhbar itu turut merakamkan penghargaan kepada rangkaian restoran itu atas inisiatif itu.

Sihabutheen berkata tindakan menghentikan penjualan rokok itu adalah bagi menyokong hasrat kerajaan yang menguatkuasakan larangan merokok di restoran dan kedai makan mulai awal tahun ini.

"(Hasil) jualan rokok setiap bulan adalah kira-kira RM300,000, namun saya percaya ia (kemerosotan hasil ekoran pemberhentian jualan rokok) dapat diatasi dengan jualan makanan," katanya.

Sementara itu, Sihabutheen berkata  pihaknya yakin pelanggan restoran itu tidak mudah terpedaya dengan kiriman WhatApps tular baru-baru ini berhubung status premis itu yang kononnya tidak halal.

Menurutnya rangkaian restoran itu kini berdepan dengan fitnah sedemikian dan beliau menegaskan bahawa kesemua 30 rangkaian restoran nasi kandar Pelita mempunyai sijil halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sejak 2012.

“Untuk mendapatkan sijil halal daripada Jakim ini bukanlah mudah. Kami terpaksa melalui pelbagai prosedur dan kriteria yang ketat sebelum memperoleh perakuan halal dari Jakim,” katanya.-- Bernama


Pelita , rokok

Klik

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

Artikel Lain

BN kekalkan kerusi Parlimen Kimanis