Haflin lancar buku sulung, kongsi gambar anak buat pertama kali

Haflin pada majlis pelancaran buku terbaharunya. Foto LOW BOON TAT

KUALA LUMPUR: Isteri bekas Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz iaitu Datin Seri Haflin Nazri Aziz melancarkan buku pertamanya di sebuah hotel di sini pada Rabu.

Haflin berkata, buku ‘Cook With Love Bon Appetit’ itu dihasilkan bagi memberikan inspirasi kepada pembaca melalui pelbagai idea untuk menyediakan hidangan sihat dan bernutrisi.

“Saya nak menggalakkan wanita menumpukan perhatian ke atas penyediaan makanan yang sihat untuk suami, anak-anak dan orang tersayang.

“Dalam buku ini, saya ketengahkan resipi sajian sarapan pagi, makan tengah hari dan malam yang saya sediakan sendiri untuk keluarga,” ujarnya ketika menyampaikan ucapan pada majlis pelancaran tersebut.

Jelas bekas pengacara televisyen itu, buku tersebut merupakan naskhah sulungnya yang dihasilkan sebagai tanda penghargaan kepada peminat yang tidak putus-putus memberikan sokongan kepadanya.

“Pengikut saya di Instagram yang memberi inspirasi kepada saya untuk menghasilkan buku ini. 

“Mereka selalu minta saya kongsi menu yang saya sediakan untuk keluarga ketika saya bercuti selama dua bulan di luar negara,” ujarnya.

Buku edisi terhad setebal 52 muka surat itu dijual pada harga RM146 senaskhah dan boleh dibeli secara dalam talian di www.we-love.store.

Selain berkongsi tentang resipi sajian sihat, buku tersebut juga mempunyai kisah peribadi berkaitan diri Haflin.

Katanya, sebelum ini dia tidak pernah berkongsi wajah anak lelakinya kepada umum.

Namun selepas tiga tahun bergelar ibu, Haflin berkongsi gambar si comel itu buat pertama kalinya secara terbuka istimewa buat peminat setianya.

Haflin Nazri Aziz, Nazri Aziz

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Artikel Lain