suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tun M menghadap Sultan Johor hari ini

Dr Mahathir Mohamad.

JOHOR BAHRU: Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad akan menghadap Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar pada Khamis.

Pertemuan antara Sultan Johor dan Dr Mahathir akan berlangsung di Istana Bukit Serene di sini.

Ini akan menjadi pertemuan kali pertama antara Dr Mahathir dan Sultan Ibrahim selepas Pakatan Harapan memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14, pada 9 Mei 2018.

Dr Mahathir dijangka tiba dengan menaiki pesawat di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai.

Beliau akan menghadap Sultan Ibrahim di istana pada pukul 3 petang.

Menurut sumber daripada Pejabat Perdana Menteri, pertemuan itu diadakan berikutan permintaan Sultan Ibrahim, beberapa minggu lalu.

Difahamkan Dr Mahathir akan bersendirian menghadap Sultan Ibrahim.

Sumber itu turut memberitahu, pertemuan tersebut dijangka mengambil masa antara satu dan dua jam.

Ditanya sama ada pelantikan Yang di-Pertuan Agong yang baharu akan dibincangkan semasa menghadap Sultan Ibrahim, sumber itu memberitahu terdapat banyak perkara yang perlu dimaklumkan dalam pertemuan tersebut. - The Star


Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain