suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ribut tropika Pabuk semakin menjauhi perairan Malaysia

Pelancong beriadah dan bermandi-manda bersama ahli keluarga ketika tinjauan di Pantai Chenang di sini. Notis penamatan amaran ribut tropika Pabuk telah dikeluarkan MetMalaysia kira-kira pukul 11 pagi Sabtu. - fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia menamatkan amaran ribut tropika Pabuk pada Sabtu setelah kedudukan ribut tropika itu dilihat semakin menjauhi perairan Malaysia dan tidak lagi memberi ancaman kepada negara.

Ketua Pengarahnya Alui Bahari berkata ribut tropika itu kini berada di kedudukan 8.9°U 98.2°T dan dijangka bergerak 15 kilometer sejam (kmsj) ke arah barat laut menuju Teluk Benggala.

"Keadaan ini boleh menyebabkan hujan lebat, angin kencang melebihi 50 kmsj dan laut bergelora dengan ketinggian ombak melebihi 3.5 meter di kawasan perairan Phuket," katanya dalam satu kenyataan, Sabtu.

Beliau berkata jarak ribut itu dari bandar Arau, Perlis adalah 362 km dan Langkawi, Kedah (345 km).

Alui berkata kenyataan yang dimuat naik di laman web Jabatan Meteorologi Malaysia itu merupakan makluman terakhir mengenai ribut tropika Pabuk. - BERNAMA

ribut, Pabut

Artikel Lain