Tak perlu kesegeraan, Umno bincang kedudukan Ahmad Zahid bulan depan - Semasa | mStar

Tak perlu kesegeraan, Umno bincang kedudukan Ahmad Zahid bulan depan

-fotoTHESTAR

KUALA LUMPUR: Umno dijangka membincangkan kedudukan presiden parti itu Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada mesyuarat Majlis Tertinggi bulan hadapan, kata Tan Sri Annuar Musa.

Setiausaha agung parti berkata setakat ini kedudukan Ahmad Zahid, yang menghadapi tuduhan di mahkamah, tidak dibincangkan kerana ia dianggap tidak memerlukan kesegeraan.

"Kita kena ikut perlembagaan. Segalanya ada dalam perlembagaan jadi kita akan ikut apa yang ada dalam perlembagaan. Setakat ini belum ada apa-apa keputusan (mengenai kedudukan Ahmad Zahid)," katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen di sini Isnin.

Beliau diminta mengulas sama ada Umno telah membincangkan mengenai kedudukan Ahmad Zahid.

Jumaat lepas, Ahmad Zahid mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas 10 tuduhan pecah amanah dan lapan tuduhan rasuah berjumlah RM42,083,132.99 dan 27 tuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM72,063,618.15.

Ahmad Zahid, 65, yang juga bekas timbalan perdana menteri membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Azura Alwi selepas pertuduhan dibacakan satu persatu kepadanya.

Dalam pada itu, Annuar berkata Umno tidak mempunyai Prosedur Operasi Standard (SOP) yang menyatakan bahawa anggotanya yang berjawatan tinggi perlu mengambil cuti jika menghadapi tuduhan di mahkamah.

Katanya, sebarang keputusan parti dibuat berlandaskan kepada perlembagaan dan peraturan parti sebagai garis panduan atau oleh Majlis Tertinggi jika sesuatu isu itu tidak terkait dengan perlembagaan atau peraturan parti.

"Kita pembangkang, kita belum ada SOP apabila kita dalam pembangkang. Sewaktu dalam kerajaan, kalau orang kita didakwa, mungkin sesuai pada masa itu, tapi segalanya baru bagi kita sekarang, jadi kita boleh bincang," katanya.

Sebelum ini, Timbalan Presiden Umno Datuk Seri Mohamad Hasan dilaporkan berkata sudah menjadi SOP parti di mana anggota yang berjawatan tinggi perlu mengambil cuti bekerja sekiranya didakwa di mahkamah. -Bernama

presiden , MT Umno , Annuar Musa

Artikel Berikut

Klik

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

Artikel Lain