Rakyat Malaysia lontar pelbagai reaksi susulan penahanan Rosmah - Semasa | mStar

Rakyat Malaysia lontar pelbagai reaksi susulan penahanan Rosmah

PETALING JAYA: Rata-rata rakyat Malaysia berpuas hati dengan tindakan undang-undang yang diambil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) susulan penahanan  Datin Seri Rosmah Mansor pada petang Rabu.

Pengguna Facebook, Demi Negara berharap keadilan dapat mengatasi segalanya.

"Anda mendapat balasan atas tindakan yang dilakukan," kata pengguna tersebut.

Sementara itu, Tan Kok Tim berkata beliau menunggu apa yang akan dipertahankan Rosmah di mahkamah, manakala David KL Quek pula berpendapat, perkara ini telah lama berlaku dan berharap keadilan itu berlaku adil kepada semua pihak.

Kamil Karim, yang memberi respons kepada pengguna Facebook yang lain, menggesa semua pihak supaya membiarkan prosiding mahkamah menentukan sama ada Rosmah dan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersalah atau sebaliknya.

"Pihak mahkamah akan menentukan jika mereka bersalah atas tuduhan dan setiap minggu terdapat berita tentang mereka yang tidak akan membantu ekonomi dan menambah baik kehidupan seharian kita.

"Ekonomi tidak pulih tetapi kerajaan nampaknya mengambil masa dengan Najib dan Rosmah sementara rakyat dihiburkan dengan drama berulang ini," katanya.

Maa Khalid meluahkan rasa kecewanya kepada ramai pengguna Facebook yang berharap Rosmah akan memakai jumpsuit oren SPRM pada Khamis ketika dibawa ke mahkamah untuk didakwa mengikut kesalahan pengubahan wang haram.

"Terlalu ramai yang berdoa dan mahukan Rosmah menyarung jaket oren itu dan juga mengharapkan beliau masuk penjara. Rakan-rakan sekalian, cuba berdoa untuk perkara yang baik.

"Sebanyak mana pun kita benci, jangan mengutuk dan menghina, biar pihak berkuasa lakukan kerja mereka," kata pengguna Facebook tersebut.

Rosmah ditahan pada 3.20 petang, Rabu (3 Oktober) ketika memberi keterangan di ibu pejabat SPRM.

Beliau menghadapi 17 pertuduhan mengikut Akta Pnecegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Perolehan Akta Kegiatan Undang-undang 2001.



 
Rosmah , Malaysia

Artikel Berkaitan

Artikel Lain