suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jenazah anggota bomba dijangka tiba di Sibu 4 petang ini

Yahya Ali.

SIBU: Jenazah Yahya Ali, 24, salah seorang daripada enam anggota Bomba dan Penyelamat yang terkorban dalam operasi menyelamat seorang remaja yang dilaporkan tergelincir, ketika memancing di sebuah lombong di Puchong, Selangor malam tadi dijangka tiba di Lapangan Terbang Sibu kira-kira 4 petang Khamis.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Sibu, jenazah seterusnya akan dibawa ke kampung halamannya di Kampung Tian, Matu di Bahagian Mukah untuk disemadikan.

Berketurunan Melanau Islam, arwah yang masih bujang telah berkhidmat selama empat tahun dan bertugas di Balai Bomba dan Penyelamat Pelabuhan Klang.

Tiga lagi rakan setugas mangsa dari balai tersebut yang terkorban dalam kejadian tersebut ialah Mohd Fatah Hashim, 34; Izatul Akma Wan Ibrahim, 32; Mazlan Omarbaki, 25 manakala dua lagi mangsa ialah Adnan Othman, 33, dan Muhammad Hifdzul Malik Shaari, 25 dari Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam.

Mereka yang merupakan Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) lemas akibat terbelit tali di dasar lombong akibat pusaran arus deras berpunca daripada hujan lebat yang mengalir ke kawasan tumpuan operasi oleh Balai Bomba dan Penyelamat Pelabuhan Klang serta Shah Alam.

Berita kejadian pada kira-kira pukul 9.15 malam itu menarik perhatian ramai netizen di laman sosial Facebook di mana selain berkongsi kesedihan dan mensedekahkan doa, mereka menggelarkan enam penyelam berkenaan sebagai wira negara. - BERNAMA

bomba, lemas

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain