suria

Tabung RM1 Saiful Bukhari kutip RM555

PORT DICKSON: Calon bebas Mohd Saiful Bukhari Azlan percaya tabung dana kempennya, 'Tabung RM1' bermula dengan baik selepas menerima sumbangan sebanyak RM555 dalam tempoh lima jam selepas ia dilancarkan.

Saiful berkata beliau amat berterima kasih kepada rakyat Malaysia yang membantunya.

"Pagi ini, saya menerima RM1 daripada seorang pak cik berusia 80 tahun yang juga bekas ketua kampung di sini sebelum saya melakukan walkabout di pasar tani Bagan Pinang.

"Sumbangan ini ibarat bahan bakar kepada kempen saya," katanya.

Jelas Saiful, lelaki warga emas itu turut memberi kata-kata semangat kepadanya.

"Ia kata-kata positif dan permulaan yang baik untuk hari ini," katanya.

Saiful berkata kebanyakan penduduk yang ditemuinya meluahkan rasa kecewa dengan pilihan raya kecil yang diadakan.

"Mereka kecewa. Mereka beritahu saya mereka tak akan keluar mengundi.

"Namun saya merayu kepada mereka, beritahu mereka sepatutnya melaksanakan hak untuk mengundi," katanya.

tabung, RM1, Saiful Bukhari

Artikel Lain