suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Najib disoal siasat kali ke-4

KUALA LUMPUR: Sekali lagi Menara KPJ di antara Jalan Sultan Yahya Petra-Jalan Tun Razak di sini menjadi tumpuan ramai terutama pihak media dan anggota polis apabila bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dipanggil untuk disoal siasat pada Rabu.

Difahamkan, Najib sepatutnya hadir ke Unit Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram (Amla) pada pukul 10 pagi ini.

Ketika pihak media menanti kedatangan Ahli Parlimen Pekan berkenaan di laluan utama, Najib dikatakan telah tiba lebih awal iaitu pukul 9.40 pagi dan masuk menggunakan laluan alternatif.

Selain kehadiran media kelihatan juga beberapa penyokong Najib bagi memberikan sokongan kepada bekas perdana menteri itu.

Ini adalah kali keempat Najib dipanggil memberi keterangan kepada Unit Amla berhubung siasatan kes penyelewengan dana 1MDB.

Beliau sebelum ini pernah dipanggil pada 20 September serta 27 dan 30 Ogos lalu berhubung siasatan kes sama.



Najib, Amla, Menara KPJ

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Rosmah ke SPRM lagi

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia