suria

Anwar tetap maafkan Tun M, termasuk Najib Razak

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memaafkan Tun Dr Mahathir Mohamad biarpun perdana menteri itu tidak memohon maaf daripada beliau.

ARTIKEL BERKAITAN: Tun M akui tidak pernah buat permohonan maaf secara rasmi kepada Anwar

"Saya tidak pernah minta beliau pohon maaf.

"Saya sentiasa berteguh bahawa saya berpuas hati dengan perilaku dan kesediaan beliau untuk bekerjasama dengan saya.

"Lupakan yang lama dan bergerak ke hadapan.

"Kamu yang mahukan kemaafan atau BBC.

"Saya sudah cakap yang saya maafkan beliau, termasuk (Datuk Seri) Najib (Tun Razak) secara peribadi.

"Datuk Seri Najib perlu berdepan isu penyelewengan dana awam, itu adalah isu yang berasingan.

"Tetapi saya fikir dengan Tun Mahathir, ia tidak perlu disamakan kerana beliau komited dengan agenda reformasi.

"Beliau telah menerima saya sebagai rakan kongsi dan dalam proses ini, saya fikir ia sudah cukup membuktikannya," kata Anwar.

Presiden yang dipilih PKR dan calon Pakatan Harapan untuk pilihan raya kecil (PRK) Port Dickson tersebut berkata kepada media selepas menyampaikan ucapan tentang konsep memaafkan.

Beliau berucap pada acara memperingati sambutan ulang tahun ke-150 Mahatma Gandhi yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Tinggi India pada Selasa. - The Star

Anwar Ibrahim, Mahathir Mohamad

Artikel Lain