suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Saingan tujuh penjuru di PRK Port Dickson

PORT DICKSON: Tujuh calon akan bertanding merebut kerusi Parlimen Port Dickson selepas seorang daripada lapan calon yang menyerahkan borang penamaan di Dewan Majlis Perbandaran Port Dickson di sini ditolak.

Mereka adalah calon Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Leftenan Kolonel (B) Mohd Nazari Mokhtar mewakili PAS, bekas pembantu peribadi Anwar Mohd Saiful Bukhari Azlan dan bekas Menteri Besar Negeri Sembilan Tan Sri Isa Samad.

Empat yang lain adalah personaliti media sosial, Stevie Chan Keng Leong, Lau Seck Yan, Kan Chee Yuen dan A.Rajendra.

Rajendra merupakan calon terakhir menyerahkan borang penamaannya.

Namun, borang Rajendra ditolak kerana pencadangnya bukan pengundi berdaftar di Port Dickson.

Kecuali Anwar dan Mohd Nazari, calon lain bertanding sebagai calon bebas.

Proses penamaan calon ditutup pukul 10 pagi Sabtu.

PRK Port Dickson

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain