Lelaki pukul awek dicop 'Dayus of the Year', mangsa suruh netizen diam kerana 'dia tibai bersebab'

PETALING JAYA: Video tular yang memaparkan lagak samseng seorang lelaki sedang memukul teman wanitanya ternyata menimbulkan kemarahan netizen.

Video berkenaan yang dimuat naik di Instagram dan kemudian disebarkan ke Twitter sejak Ahad lalu menerima lebih 17,000 ulang kicau (Retweet).

"Siapa Kenal s**l ni? Apa la**au kau lenjan anak orang sampai macam tu sekali gam***g? Ini la lelaki Dayus of The Year and paling s**l aku tengok," tulis individu yang memuat naik video tersebut.

Berang dengan apa yang disaksikan, netizen bertindak pantas membuat siasatan sendiri sebelum mendedahkan identiti si pelaku dan mangsa sehingga ia sekali lagi mendapat perhatian ramai.

Susulan 'siasatan' itu, lelaki dalam video berkenaan memuat naik permohonan maaf di Instagram miliknya dan menjelaskan perkara sebenar yang berlaku antara dia dan kekasihnya.

Paparan skirn penjelasan lelaki tersebut yang dimuat naik di Instagram.

Menurut lelaki itu, dia sudah pun memohon maaf daripada keluarga teman wanitanya dan meminta agar perkara itu tidak diperbesarkan lagi.

Tambahnya, dia juga sudah menyedari kesilapan itu dan tekad untuk tidak menyentuh mana-mana individu lain secara kasar selepas ini.

Sementara itu, menerusi satu lagi paparan skrin yang disebarkan, mangsa turut membuat penjelasan dan mempertahankan tindakan teman lelakinya.

"Family aku dah maafkan. Bukannya tibai korang. Dia tibai aku bersebab. Korang tak tahu diam-diam lah," tulisnya di ruangan komen.

Menerusi Insta Story pula, dia sekali lagi membuat penjelasan dan merayu supaya video berkenaan dipadam dan tidak disebarkan lagi.

Sebuah akaun Instagram dipercayai milik gadis itu yang tampil mempertahankan tindakan teman lelakinya.

Hasil carian bagaimanapun menunjukkan kedua-dua mereka sudah pun mengubah nama laman sosial masing-masing setelah identiti mereka mula didedahkan di Twitter.

Selain itu, seorang pengguna Twitter turut mendedahkan nombor telefon lelaki berkenaan. Namun, usaha mStar Online untuk menghubunginya gagal.

Biarpun kes tersebut didakwa sudah selesai di antara kedua-dua belah pihak, kes tersebut masih hangat diperkatakan di Twitter sehingga hari ini.

Selain kaum wanita sendiri, golongan lelaki turut bersuara mengenai perilaku lelaki terbabit dalam video berkenaan yang disifatkan tidak wajar dan dayus.

"Jangan cari laki panas baran takde otak macam ni ye kaum wanita. Ni depan orang ramai dia boleh bantai. Belakang berdua je nanti pun lagi lah," tulis @Adbshukrie.

"Lelaki macam ni tak layak kahwin di usia muda, kalau time bercinta pun dah macam ni.. kita doakan yang baik agar dia berubah di masa akan datang, okay?," tulis @JejakaNeon.

"Lelaki dayus.. wanita tu insan yang lemah, memang dilahirkan dengan sifat kelembutan. Kalau sebelum kahwin dah layan macam ni, tak mustahil selepas kahwin sama sifatnya," tulis seorang lagi pengguna Twitter.

pukul, dayus

Artikel Berikut

Azeez, abang, saudara dibawa ke mahkamah

Artikel Berkaitan

Klik

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Artikel Lain